Salam sejahtera rakan2 semua,
Dah menjadi kebiasaan kalau total pendaftaran dalam ToneExcel menurun, saya akan buat kesimpulan yang ramai rakan2 kita menghadapi masalah untuk menaja. Saya pula tiada masalah, bulan lepas sahaja (April) saya menaja 20 orang baru di Level-1 saya. Dari dulu lagi, itulah average yang saya taja setiap bulan. Kesemua yang saya taja tersebut, saya tak jumpa dan tak kenal mereka langsung, maknanya saya menaja secara online. Menaja dari dalam rumah sahaja. Tapi bila total pendaftaran keseluruhan ToneExcel jatuh, maka ia satu signal kepada saya yang saya perlu lakukan sesuatu untuk menaikkannya semula bisnes kita ini. Saya buat kesimpulan, saya tiada masalah untuk menaja orang baru, tetapi orang lain ada masalah untuk menaja orang baru. Kalau tidak, kenapa total pendaftaran menurun.
Tapi perkara ini, sudah beberapa kali berlaku dalam tempoh lima tahun ini. Untuk faktor penurunan sekarang ini, saya ada sedikit kajian, bukan ToneExcel sahaja, malahan gaint2 telco mengalami penurunan jauh lebih teruk lagi. Jadi ToneExcel masih pada landasan yang betul. Cuma perkiraan saya, mungkin betul, mungkin salah, GST dan sedikit kekeliruan dalam scope harga dan topup ada juga menyumbang kepada penurunan ini.
Cumanya, alasan tersebut tidak menjadi penghalang kepada saya untuk melakukan sesuatu tindakan, kerana penurunan pendaftaran tetap satu penurunan, walaupun disebabkan masalah global, walau pun disebabkan apa jua faktornya. Jika kita bertindak untuk menyelesaikan masalah, dia ada dua kemungkinan, berjaya atau gagal, kalau tak bertindak langsung, berangan untuk gagal sekali pun kita tidak layak.
Oleh itu saya spend masa yang banyak untuk menyiapkan satu cara promosi online yang boleh dilakukan oleh semua orang, saya tiada ilmu kecuali apa2 ilmu yang diberikan oleh Allah, sebab itu saya ada sedikit pengetahuan dalam online ini, tapi saya tak rasa ilmu promosi saya boleh diikut oleh orang lain, seperti saya tahu sikit2 cara buat website, saya tahu sikit2 cara edit video, saya tahu sikit2 untuk gunakan autoresponder, saya tahu sikit2 cara buat programing, saya tahu sikit2 tentang SEO, jadi itu semua adalah cara saya buat promosi online, cumanya saya fikir kalau saya nak ajar cara2 tersebut, rasanya ramai yang tak mahu belajar kerana ia susah dan mengambil masa untuk belajar. Jadi saya carikan, kumpulkan, mudahkan satu cara yang boleh dilakukan oleh ramai orang.
Sekarang ini cara2 tersebut telah saya siapkan, tapi masih tak tahu lagi keberkesanannya. Saya perlukan sedikit masa lagi untuk finetune, try and error, ubah sana sikit, sini sikit supaya anda semua tidak perlu habis masa untuk melakukan bahagian yang memeningkan kepala ini.
Oleh itu, sebelum saya bukakan semua ini kepada umum, dah tentu saya nak bagikan cara ini untuk rakan2 dari group atau branch Mazelan Abas untuk mencubanya terlebih dahulu, senang kata pada ahli keluarga sendiri dahulu. Selepas test-run ini, fine-tunning dulu, kalau ia benar2 membawa kebaikan dan berkesan, saya akan ajarkan cara ini kepada semua, saya akan masukkan kedalam website toneexceldotbiz, semua orang boleh belajar, semua orang boleh gunakan tak kira dari group siapa sekali pun.
Jadi peringkat test-run ini, sesiapa yang terbaca message ini, dan dalam member area sendiri nampak nama branch Mazelan Abas, sila PM atau komen dibawah dan berikan member ID anda sahaja, nanti saya akan hubungi anda kemudian.
Terima Kasih.
Mazelan Abas
0105232047
Nota:
Sila layari website untuk tips/info selanjutnya (KLIK DI BAWAH TU)
Baca dan ikut arahan di berikan untuk SUKSES DALAM BISNESS AWESOME NI.